Isnin, 21 Julai 2014

SEJARAH BOLA TAMPAR


       

 
 
      Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Permainan ini dipelopori oleh William G.Morgan pada tahun 1895 di Holyoke. Massachusetts apabila beliau mendapati corak permainan bola keranjang terlalu lasak bagi peringkat umur pertengahan. Oleh itu, perlulah diwujudkan satu permainan yang tidak lasak tetapi mirip bola keranjang.
      William G.Morgan menamai permainan bentuk baru ini sebagai 'Mintonette'. Oleh sebab bola yang dimainkan itu boleh melambung, nama permainan ini ditukar kepada 'volleyball' atau bola tampar. Pertukaran nama permainan ini menyebabkannya semakin popular.
      Pada tahun 1900, permainan bola tampar mula diperkenalkan di Kanada. Kemudian permainan ini telah diperkenalkan di seluruh dunia misalnua negera Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico pada tahun 1909, Filipina pada tahun 1910, Uruguay pula memperkenalkan permainan ini pada tahun 1912, diikuti oleh negara China pada tahun 1913 dan Jepun pada tahun 1917.
      Pada tahun 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris. Kejohanan bola tampar sedunia diadakan pertama kali pada tahun 1949. Pada tahun 1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang dipertandigkan dalam Sukan Olimpik.
      Pertubuhan Pemuda Kristian (YMCA) berperanan memperkenalkan permainan bola tampar di Malaysia, Pada tahun 1927, Liga Bola Tampar mula diperkenalkan di Kuala Lumpur. Guru-guru Cina yang berpendidikan dari negara China juga memperkenalkan permainan ini di sekolah-sekolah Cina. Langkah yang sedemikian menyebabkan permainan ini lebih popular di kalangan masyarakat Cina. Memandangkan permainan ini semakin popular, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk menyusun aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan.

1 ulasan: